Sabda Rasulullah S.A.W :
“ Umat manusia ini pada hari kiamat dikumpulkan pada suatu padang gondol (tidak berpohon,tidak berumput & tidak berair),padang pasir putih seperti roti. Di sini mereka dikumpulkan dengan keadaan bertelanjang bulat. Masing-masing melihat aurat mereka. Dalam riwayat lain, dikatakan masing-masing mereka itu saling melihat”
(Riwayat Bukhari)
Suatu ketika,Muaz bin Jabal r.a.menghadap Rasulullah S.A.W & bertanya “Ya Rasulullah,tolong huraikan kepadaku mengenai firman ALLAH SWT :”Pada saat sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” ( an-Naba’ :18)
Mendengar pertanyaan itu, Nabi SAW menangis hingga basah pakaiannya.Lalu baginda menjawab : “Wahai Muaz,engkau telah bertanyakan kepada aku,perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring,dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing membawa amalan mereka sendiri.”
Maka dinyatakan oleh Rasulullah 12 barisan tersebut :
1.
1. Tidak bertangan & berkaki
-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jiran & tempat mereka kembali ke neraka
2. Berbentuk babi hutan
- Orang yang ketika hidupnya meringankan solat.
3. Berbentuk keldai sedangkan perut mereka penuh dengan ular & kala jengking
- orang yang enggan membayar zakat
4. Darah seperti air pancutan keluar dari mulut
- Orang yang berdusta dalam berjual beli
Read more...