Dalam peperangaan Badar , kaum Muslimin telah beroleh kemenangan besar ke atas orang-orang
kafir Quraish Makkah . Mereka berjaya membunuh 70 orang tentera Quraish dan menawan 70
orang yang lain . Sedangkan di pihak Islam hanya 14 orang sahaja yang syahid dan tidak ada
seorang pun yang menjadi tawanan .
Nabi Muhammad s.a.w menyuruh setiap tawanan itu menebus diri mereka masing-masing
dengan jumlah-jumlah tertentu . Manakala bagi yang tidak berkemampuan pula disuruh menjadi guru
mengajar anak-anak orang Islam menulis dan membaca .
Apakah iktibar yang dapat kita ambil daripada tindakan Nabi itu ? Ia menunjukkan betapa
Baginda s.a.w. sangat memberikan perhatian terhadap ilmu pengetahuan hingga disuruh orang-orang
HADIRI MAJLIS ILMU
Suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. bertemu dua kumpulan muslimin . Satu kumpulan sedang
beribadah sambil bermohon dan berdoa kepada Allah s.w.t. , manakala satu kumpulan lagi sedang
mengadakan majlis ilmu . Kedua-duanya baik , tetapi Nabi memilih yang terlebih baik .
Nabi s.a.w. memilih majlis ilmu yang sedang berlangsung . Baginda duduk bersama-sama kumpulan
kaum Muslimin yang hadir dalam majlis tersebut . Walaupun Baginda seorang Nabi dan orang yang
alim serta paling berilmu di kalangan sekalian manusia , Nabi tetap cinta kepada ilmu pengetahuan .
Malah pada bulan Ramadan , Nabi s.a.w. akan bertadarus al-Quran dengan Malaikat Jibril a.s.
Nabi membaca dan Malaikat Jibril a.s. mendengar sambil menyemak bacaan Nabi . Ia juga
termasuk dalam proses belajar .
Nabi s.a.w. bersabda , " Ilmu itu merupakan khazanah ( perbendaharaan ) . Anak kuncinya ialah
bertanya . Kerana itu bertanyalah kamu , kerana dengan bertanya itu akan diberikan ganjaran empat
golongan . ( Iaitu ) orang yang bertanya , orang yang mengajar , orang yang mendengar dan orang
yang mencintainya ."
( Riwayat Abu Na'im daripada Sayidina Ali k.w )
Very impressive stuff. Thanks for sharing
ReplyDelete1983 Mazda RX7 AC Compressor