HARAMKAH
SAMBUTAN HARI IBU???
Mari
kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged
from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to
Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal
Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March
(15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday,
Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts
on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for
individual mothers but rather for christians.”
Maksudnya
di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang
disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno
memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman
kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu
mak kepada juventas, vulcan dan mars.
Jadi
persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?
Di
dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan
ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada
hari ibu atau hari bapa.
Firman
ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak
menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik
kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali,
sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau
berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan
janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka
perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri
kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk
mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua
sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku
semasa kecil.”
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]
Dr.
Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin
barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat
anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu
bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan
mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja
mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”
Manakala
masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan.
Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila
orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir
sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang
kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan
ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak
pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi
orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari
tertentu sahaja.
Rasulullah
Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai
sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad
Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir,
disahihkan oleh Al-Albani]
Islam
adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya
kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi
(abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus
memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan
mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.
Friday, April 20, 2012
PENDAPAT SAMBUTAN HARI IBU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment