LIKE Kami di Facebook

Monday, January 31, 2011

Kekasih Anda Sedang Cemburu…..

 Adakah anda :

#  sedang asyik berbalas SMS dengan seseorang yang bukan mahram???
#  sedang ternanti-nanti panggilan si dia???
#  sedang menunggu saat-saat untuk bertembung dengannya???
#  sering teringatkan lirikan manja matanya???

Jika jawapan anda YA…anda sedang membuatkan kekasih Agung anda sangat -sangat cemburu…



Sabda Rasulullah S.A.W :
“Dan Allah lebih cemburu daripadaku.Kerana itu,dilarang-Nya mengerjakan perbuatan keji,baik yang terang mahupun tersembunyi.Dan tiada seorang pun yg suka memberi maaf lebih daripada Allah,dan kerana itu diutus-Nya orang yang akan memberikan berita gembira dan  orang yang memberikan peringatan.Tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih daripada Allah ,dan kerana itu (untuk orang yang memuji-Nya) dijanjikan Syurga”
                                                                                                         (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Cemburu Allah tanda besarnya cinta-Nya
Kecemburuan Allah langsung tidak menunjukkan kerendahan atau Dia memerlukan kita.Maha Suci Allah daripada sifat kekurangan.Cemburu Allah ialah tanda besarnya cinta Yang Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba-Nya.
Dia tak memerlukan kita.Dia tak luak dengan kelalaian kita.Tak terjejas pun tanpa cinta kita.
Tapi kita??? Keperluan kita kepada cinta-Nya itu lebih penting daripada kita memerlukan oksigen.Mencintai Allah merupakan fitrah hidup setiap manusia.

Bila Kita Tak Kisah…..
Apabila kita terus mengagungkan cinta makhluk daripada cinta-Nya…bimbang cinta mulia Kekasih Agung akan meninggalkan kita.Azab Allah yang amat berat di dunia ialah apabila dia memisahkan kita daripada kebaikan –kebaikan ,maka apa ertinya hidup kita lagi???
Bagaimana menguruskan Cinta???

Ya,ketertarikanmu kepada si dia itu lumrah.Itulah fitrah yang Allah hadirkan .Namun,setiap fitrah ada peraturannya…Oleh sebab itu,wajarkah anda mencipta langkah seterusnya tanpa membelek sedikitpun peraturan yang telah Allah tetapkan.

Fatimah puteri Rasulullah pernah berkata kepada suaminya Saidina Ali.
“Kanda…dulu,sebelum kita nikah,dinda teringin sangat nak jadi isteri seseorang.Dinda amat mengaguminya”
Dengan penuh cemburu,Saidina Ali berkata  “Habis,dinda menyesal bernikah dengan kanda?”
Fatimah menjawab nakal “Tak kandaku sayang,kerana orang itu ialah kanda.”

Kisah ini jelas menunjukkan bahawa bukan diri kita sahaja sebagai remaja dilanda fitrah cinta malahan tidak terkecuali para rasul,sahabat dan orang soleh.Bezanya,bagaimana mereka menguruskan perasaan cinta itu???Bagaimana pula kita menguruskannya???

Adakah Fatimah berani menghantar surat,berhubung melalui burung merpati,dating bawah pokok kurma..menaiki unta berdua-dua bersama Saidina Ali???

Begitu juga Saidina Ali,adakah dia melalaikan Fatimah dengan janji-janji kosong sebelum menikah?? Adakah dia terus mengurat Fatimah???

Sebaliknya,semua itu tidak pernah mereka lakukan. Fikirkan kembali….apakah yang telah kita lakukan???

>>> (suntingan daripada artikel Fatimah Syarha Mohd Noordin,SOLUSI isu 28)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GURU-GURU BADAR

GURU-GURU BADAR

LUJNAH BADAR PUTERA

LUJNAH BADAR PUTERA

Jom sertai Badan Dakwah & Rohani SMKAY