LIKE Kami di Facebook

Sunday, March 13, 2011

Hukum bersanggul tinggi apabila bertudung....





Al-Jibrati, seorang sejarawan moden Mesir dalam kitabnya yang terkenal, Ajaibul Asar, ketika menyentuh peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tahun 1215 Hijrah dalam bulan Zul Hijjah menyatakan bahawa tahun tersebut (1215H) melabuhkan tirainya dengan pelbagai peristiwa yang jelik dan berleluasanya kerosakan. 

Antara kerosakan yang disebut oleh al-Jibrati rahimahullah adalah: “dan antaranya berlaku tabarruj dalam kalangan wanita dan kebanyakan mereka meninggalkan maruah dan sifat malu. Hal ini berlaku apabila kedatangan kaum Perancis bersama wanita-wanita mereka, berjalan di khalayak ramai dalam keadaan mereka (wanita-wanita Perancis) tidak menutup wajah, memakai gaun, dan mandil sutera yang berwarna warni serta melabuhkan Tarhah[1] Kashmir di atas bahu-bahu mereka, dan pakaian yang berwarna-warni dan bercelup-celupan serta mereka menunggang kuda dan keladai dan memacunya dengan pantas sambil bergelak ketawa dan bersenda gurau dengan orang-orang awam, maka cenderunglah kepada mereka itu kaum yang mengikut hawa nafsu dalam kalangan wanita-wanita yang rendah moralnya (daripada muslimah) kerana mereka menundukkan para wanita dengan harta-harta. Adalah perbuatan meniru gaya hidup wanita Perancis ini mulanya dilakukan dengan sembunyi kerana takut dicerca masyarakat tetapi setelah berlakunya fitnah terakhir di Mesir dan Perancis menyerang Bulaq[2], menceroboh penduduknya, merampas harta benda mereka, dan menawan wanita-wanita yang mereka sukai lalu jadilah mereka tawanan kepada tentera Perancis, lalu mereka dipakaikan pakaian wanita-wanita Perancis, dididik pula mereka dengan gaya hidup mereka (Perancis) lalu mereka ini (wanita-wanita muslimah) menanggalkan niqab yang menjadi lambing sifat malu mereka dan bergaul dengan mereka wanita-wanita yang rosak akhlaknya (daripada wanita perancis)”. [3] 

Peristiwa yang dinyatakan oleh al-Jibrati ini adalah permulaan fenomena pendedahan aurat dalam kalangan wanita Islam sehingga Louis Awad[4] menamakan tahun ini sebagai ‘Tahun Emansipasi Wanita’. Demikianlah betapa bangganya kaum kafir dengan kejayaan mereka merosakkan wanita-wanita Islam[5]. 

Jelas daripada catatan fakta sejarah ini, permulaan seruan dan pemalu pertama genderang emansipasi (pembebasan) wanita adalah kaum kafir dan gerakan ini bermula di Mesir melalui penjajah Perancis kemudian merebak ke serata pelusuk Negara Islam. 

Namun, menjadi satu tanda pertanyaan, bagaimanakah nyanyian syaitan ini terus berlangsung di telinga-telinga wanita muslimah, menghasut dan mengajak mereka membogelkan diri di jalan-jalan raya, mendedahkan tubuh mereka yang selama ini menjadi lambang maruah diri di khalayak ramai? 

Bahkan, sepertimana yang dimaklumi kita semua, seruan pembogelan  wanita ini tanpa segan silu menamakan kumpulan mereka dengan nama Islam seperti ‘Sisters in Islam’, Gerakan Musawah, dan sebagainya. Apakah rahsia mereka mengatas namakan gerakan mereka dengan nama Islam tanpa rasa takut? 

Jawapannya bagi yang membaca artikel saya sebelum ini ‘Kemaraan Orientalisme di Belakang Tabir Islamisme’ memang sudah dapat diduga, tidak lain tidak kelompok manusia yang bernama muslim tetapi berhati kafir menjadi dalang utama di sebalik semua seruan ini. 

Melalui lidah-lidah syaitan inilah lagu-lagu kufur ini dimainkan dan dinyanyikan di telinga-telinga wanita muslimah sehingga fenomena yang disifatkan oleh al-Jibrati sebagai perlakuan sumbang dan amalan wanita murahan menjadi satu adat kebiasaan yang diterima bahkan dianggap biasa. 

Kita dapat melihat hari ini bagaimana munculnya fesyen-fesyen pakaian yang mendedahkan aurat, tabarruj, menampakkan susuk tubuh, dan sebagainya tetapi tanpa segan silu dinamakan ‘Busana Muslimah’,’Fesyen Islam’, dan sebagainya lagi. 

Kesimpulannya hasil usaha kaum muslim yang diorientaliskan ini berjaya menjadikan fenomena tidak bertudung dan mendedahkan aurat sebagai fenomena biasa yang tidak lagi dianggap sebagai dosa bahkan adat yang diterima. 

Fenomena ini telah pun dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis baginda: 

Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu kata beliau: Bersabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam: ‘Dua golongan daripada Ahli Neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitulah: Kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia, dan kaum wanita yang bertutup tetapi telanjang, mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah, kepala mereka seakan-akan bongol-bongol unta yang senget, mereka ini (dua golongan ini) tidak masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian..sekain..” [Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat]. 

Maka perkhabaran Rasulullah s.a.w ini jelas menerangkan kepada kita, fenomena ‘Tabarruj’ dan ‘Sufur’ ini merupakan maksiat dan dosa besar demikian juga Nabi s.a.w mengkhabarkan kepada kita akan adanya kaum yang bertindak ganas memukul manusia sesuka hati yakni perlakuan teroris. 

Makna wanita bertutup tetapi telanjang dinyatakan ulama adalah wanita yang pada zahirnya menutup aurat tetapi mempunyai akhlak yang buruk dan ini memang hakikat yang berlaku pada hari ini di mana kita mendengar berita wanita bertudung labuh, menutup aurat tetapi akhirnya mengandungkan anak luar nikah hasil zina-nauzubillah min zalik-, wanita aurat, menjaga auratnya yang zahir tetapi terjebak dengan ajaran sesat dan syirik seperti ajaran kufur Syiah dan Tasawuf-nauzubillah min zalik- dan gejala seperti ini tidak pernah berlaku di zaman Nabi s.a.w. 







Contoh-contoh pemakaian tudung yg salah di sisi Islam..

Jadi,adakah anda tergolong dalam golongan tersebut???
Bertaubatlah,dan marilah kita saling memperingatkan....wallahualam



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GURU-GURU BADAR

GURU-GURU BADAR

LUJNAH BADAR PUTERA

LUJNAH BADAR PUTERA

Jom sertai Badan Dakwah & Rohani SMKAY