~ Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan.
~ Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya .
~ Sangat elok dan sempurna wajahnya.
~ Baginda memilik perasaan yang halus.
~ Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena.
Antara Peribadi dan Akhlak Rasulallah S.A.W
~ Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan.
~ Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya .
~ Sangat elok dan sempurna wajahnya.
~ Baginda memilik perasaan yang halus.
~ Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena.
~ Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan.
~ Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang.
~ Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain.
~ Baginda memelihara rambutnya dengan kemas.
~ Baginda memakai serban di atas kopiahnya.
~ Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk.
~ Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya.
~ Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya.
~ Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa
~ Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka.
~ Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama.
~ Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak .
~ Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun.
~ Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat.
~Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
~ Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya .
~Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut .
~ Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara.
~ Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan.
~ Amat kasih terhadap umatnya.
~ Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya.
~Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah.
~Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan.
~Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka.
~Suka menziarahi orang sakit.
~ Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya .
~Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah
bumbung yang terbuka dan tidak beratap.
~Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi.
~Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan.
Ingat lah cintailah Rasulullah SAW kerana baginda sangat cinta pada kita.... Sebagai Ummat Muhammad..
Wassalam
No comments:
Post a Comment