LIKE Kami di Facebook

Friday, January 28, 2011

Couple itu haram???

Ya....couple itu haram.....tapi masih ramai pelajar yg melakukannya.... kenapa???

# saja syok2 nak ada orang yg disayangi....ambil berat~~~~
# ala.........kita kan muda lagi..........enjoylah dulu!!!
# dah dia nak sangat....aku setuju aje~~~
# ye lah, tak kaple nanti orang kata tak laku pulak..........
# biasalah br0,ni bukan zaman dulu2...sekarang nie dah maju,....nk contact pun senang..

selalunya,jawapan macam nie lah yg kita selalu dengar........tapi,bagaimana boleh bermulanya kaple???


faktor utama.........yg paling utama sekali disebabkan oleh pandangan mata....

Dalam islam,pandangan mata yg pertama itu rezeki...tapi kalau dah terpandang sekali...nak pandang berkali-kali...itu nafsu...........


Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."
Juga dalam Surah An-Nur ayat 31 :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.."

Jika seseorang individu itu tidak menjaga pandangannya, mungkin dia akan terjebak ke dalam maksiat yg lebih besar iaitu ZINA.

0leh itu,sentiasalah menjaga pandangan mata anda......dari mata turun ke hati...... selalunya macam tulah.........

Wahai kawan-kawan sekalian....kuatkan hati anda....yakinlah....Allah telah menciptakan jodoh yg terbaik buat kita.....dia akan datang dengan sendiri...sekarang bukanlah waktu yg sesuai untuk anda bercinta......

Surah Al-A'raf ayat 20 :
"Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)."

Fahamilah maksud ayat di atas......apabila nafsu menjadi raja.....baik buruk...dosa pahala........ sudah tidak dapat dibezakan lagi..............

Dan janganlah pula kita menjadi orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Firman Allah dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 23 :

"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?"


Apabila sudah diketahui hukum-hukum Allah, maka hendaklah kita patuhinya. Yang haram segera ditinggalkan.

                               couple = mendekati zina
mendekati zina = haram
                      haram = dosa besar
                                       dosa besar =  kemurkaan Allah...........



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GURU-GURU BADAR

GURU-GURU BADAR

LUJNAH BADAR PUTERA

LUJNAH BADAR PUTERA

Jom sertai Badan Dakwah & Rohani SMKAY