LIKE Kami di Facebook

Monday, January 31, 2011

Kalau berpacaran.............


Kalau Berpacaran

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran

Memang banyak pantang larang

Menjaga susila

Ibu bapa adik abang



Apabila berdua

Carilah tempat yang terang

Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus

Boleh pandang-pandang

Jangan pegang-pegang

Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu

Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman


Ana Raffali

Kalau berpacaran

Jangan tunggu lama-lama

Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan

Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet

Yeah

Kita sambung cerita

Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa

Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah

Kalau tak sedia
Ucap syahadah


Ulang korus 2x


Fahami & selami maksud lagu di atas….banyak pengajaran yang kita boleh dapat……tapi, lagi bagus….tak payah berpacaran terus…lebih mudah
Berikut merupakan sebuah cerita yg menarik…fahami dan insafi bait-bait setiap tinta…


Suatu ketika di Mesir terdapat seorang lelaki yang tinggal di masjid.Tugasnya mengumandangkan azan di menara setiap kali masuk waktu.Dia seorang yang sangat taat kepada Allah S.W.T & rajin beribadah.

Di bawah menara tersebut,terdapat sebuah rumah milik keluarga yang beragama Kristian.Suatu hari, dengan tidak sengaja ,lelaki tersebut menoleh lalu terlihatnya seorang gadis cantik di dalam rumah tersebut.Dia tertarik dengan gadis tersebut lalu turun,tanpa mengumandangkan azan seperti biasa demi menemui gadis itu.

Setelah berhadapan dengannya,gadis itu bertanya “Apa yang kau mahu sehingga datang ke rumahku?”

Jawab lelaki itu “Aku inginkan kamu”
“Kenapa kau suka kepadaku?”
“Kerana engkau telah merampas semua keinginanku dan aku telah jatuh hati kepadamu”
“Aku tidak boleh bersama denganmu kerana perbezaan agam dan itu tidak mungkin berlaku”
“Tidak,aku tidak peduli….aku tetap ingin bernikah denganmu.”
“Tetapi aku seorang Kristian dank kau beragama Islam.Sudah pasti ayahku tidak mengizinkanku untuk bernikah denganmu” balas gadis tersebut.
“Jika demikian,aku rela memeluk agamamu.”
“Baiklah,jika itu kemahuanmu,aku sedia bernikah denganmu”

Akhirnya,lelaki yang begitu warak itu menukar agamanya demi gadis tersebut.Dia  kemudian tinggal bersama keluarga gadis pilihannya itu.Malangnya,pada suatu hari umurnya tidak panjang.Ketika dia berjalan di lantai rumahnya,dia terjatuh lalu terus menemui ajalnya di situ.

Begitulah matinya dengan sia-sia kerana belumpun sempat menikmati kehidupannya bersama gadis idamannya,ajal telah datang menjemput. Dia juga telah kehilangan agamanya kerana terpikat dengan kecantikan sesaat iaitu kenikmatan duniawi yang tidak abadi.

Wallahualam………..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GURU-GURU BADAR

GURU-GURU BADAR

LUJNAH BADAR PUTERA

LUJNAH BADAR PUTERA

Jom sertai Badan Dakwah & Rohani SMKAY