LIKE Kami di Facebook

Tuesday, February 1, 2011

12 Wajah di Padang Mahsyar….

Sabda Rasulullah S.A.W :

“ Umat manusia ini pada hari kiamat dikumpulkan pada suatu padang gondol (tidak berpohon,tidak berumput & tidak berair),padang pasir putih seperti roti. Di sini mereka dikumpulkan dengan keadaan bertelanjang bulat. Masing-masing melihat aurat mereka. Dalam riwayat lain, dikatakan masing-masing mereka itu saling melihat”                                                                                
                                                                                                                             (Riwayat Bukhari)
Suatu ketika,Muaz bin Jabal r.a.menghadap Rasulullah S.A.W & bertanya “Ya Rasulullah,tolong huraikan kepadaku mengenai firman ALLAH SWT  :”Pada saat sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris”                                                                                                    ( an-Naba’ :18)

Mendengar pertanyaan itu, Nabi SAW menangis hingga basah pakaiannya.Lalu baginda menjawab : “Wahai Muaz,engkau telah bertanyakan kepada aku,perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring,dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing membawa amalan mereka sendiri.”

Maka dinyatakan oleh Rasulullah 12 barisan tersebut :
1.        
              1.    Tidak bertangan & berkaki
               -orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jiran & tempat mereka kembali ke neraka
   
        2.     Berbentuk babi hutan
               - Orang yang ketika hidupnya meringankan solat.
    
       3.     Berbentuk keldai sedangkan perut mereka penuh dengan ular & kala jengking
               - orang yang enggan membayar zakat
     
       4.     Darah seperti air pancutan keluar dari mulut
               - Orang yang berdusta dalam berjual beli
     

      5.    Bau busuk daripada bangkai hingga bau memenuhi seluruh Padang Mahsyar apabila
              Allah mendatangkan angin
               - Orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia,
                   tetapi tidak pula rasa takut kepada ALLAH SWT
     
      6.   Kepala mereka terputus daripada badan
             - Orang yang menjadi saksi palsu
    
       7.     Tidak mempunyai lidah & dari mulut mereka mengalir keluar nanah & darah
           - Orang yang enggan memberi kesaksian ke atas kebenaran
    
       8. Keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki di atas
           - Orang yang berzina
     
       9. Berwajah hitam gelap & bermata biru
           - Orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram
   
      10. Tubuh mereka penuh sopak & kusta
          - Orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya
    
      11. Berkeadaan buta,gigi memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir melebar 
            sampai ke dada dan lidah terjulur memanjang sampai ke perut dan keluar 
            berbagai-bagai kotoran
           -Orang yang minum arak
    
     12. Wajah yang bersinar-sinar  laksana bulan purnama & melalui titian sirat seperti kilat
           - Orang yang beramal soleh & banyak melakukan kebaikan. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia mereka sempat bertaubat & tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan,kasih sayang & keredhaan Allah Yang Maha Pengasih

Jadi,anda mahu berada dalam barisan yang keberapa???

Wallahualam……….

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GURU-GURU BADAR

GURU-GURU BADAR

LUJNAH BADAR PUTERA

LUJNAH BADAR PUTERA

Jom sertai Badan Dakwah & Rohani SMKAY