“Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk.” (Surah al-Isra’ 17:32)
Kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tak sedia, kenapa nak bercinta?? Bukankah itu pintu zina semata-mata?? Nauzubillah.
TIPS MENEPIS CINTA REMAJA :
- Tegas dengan prinsip diri
- Meletakkan misi yang jelas dalam hidup
- Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh
- Mengekang hawa nafsu
- Mendekati majlis-majlis ilmu
- Menyibukkan diri dengan hobi dan minat berfaedah
- Akrab dengan ALLAH dalam ibadah dan kehidupan
Kuatkan prinsip diri dengan sebuah hadis :
“Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid.” (Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dan lain-lain)
Saranan doa ajaran Rasulullah SAW :
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenamg hati(kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Surah al-Furqan 25:74)
“Ya ALLAH jadikanlah hamba-Mu ini menyintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman menyintaiku” (Riwayat Muslim)
Janji ALLAH SWT terakam dalam surah al-Nur :
“Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik(pula).” (Surah al-Nur 24:26)
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:
“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara: Kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkan kamu.” (Riwayat Muslim)
Rasulullah SAW berpesan:
“Jika datang kepada kamu sesiapa yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka nikahilah dia. Jika tidak dilakukan akan berlaku fitnah di muka bumi dan kerosakan berleluasa.” (Riwayat al-Baihaqi)
“Tiada yang lebih membahagiakan dua orang yang saling menyukai kecuali menikah.” (Riwayat Suyuti)
No comments:
Post a Comment