LIKE Kami di Facebook

Saturday, February 5, 2011

Valentine's Day.....haram!!!

14 Februari 2010 bakal menjelang dalam masa 9 hari lagi, adakah anda sedang resah menunggu tarikh itu menjelang tiba??? Tak sabar agaknya mahu dapat coklat dan bunga serta surat cinta??? 

Hmmmmmmm…..jika inilah apa yang anda sebagai umat Islam sedang fikirkan….bertaubatlah !!! Valentine’s Day bukannya perayaan yang wajar kita agung-agungkan. Ia merupakan hari yang dikuasai nafsu dan berajakan syaitan…malah,segala maksiat serta zina berlaku pada hari ini!!!


Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.


Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.


Jadi, adakah anda mahu tergolong dalam golongan yang mengenepikan Islam sendiri???


Sebenarnya,sejarah Hari Valentine ni,banyak versinya….malah telah ditokok tambah sebilangan masyarakat…mari kita fahami 2 versi sejarah Hari Valentine yang BADARSMKAY jumpa.
1)     Kebanyakan orang mengetahui tentang peristiwa sejarah yang dimulai ketika dahulu kala bangsa Romawi memperingati suatu hari besar setiap tanggal 15 Februari yang dinamakan Lupercalia. Peringatan hari besar ini dirayakan untuk menghormati Juno (Tuhan Wanita) dan Perkawinan, serta Pah (Tuhan dari Alam). Dua hari pertama, dipersembahkan untuk dewi cinta (queen of feverish love) Juno Februata. Pada hari ini, para pemuda mengundi nama–nama gadis di dalam kotak. Lalu setiap pemuda mengambil nama secara acah dan gadis yang namanya keluar harus menjadi pasangannya selama setahun untuk senang-senang dan objek hiburan,mereka turut bertukar-tukar hadiah dan lafaz cinta. Dengan diikuti berbagai macam pesta dan huru-hura bersama pasangannya masing-masing mengikut apa yang mereka mahukan.

2)       
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Kaisar Claudius II menganggap tentera muda bujang lebih tabah dan kuat dalam medan peperangan daripada orang yang telah berkahwin. Kaisar lalu melarang para pemuda untuk menikah, namun St.Valentine melanggarnya sehingga dia pun ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M. Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
 
Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
 
Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahawa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
 
Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahawa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. 
  


Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?
 

Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
 Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)




Jadi,bagaimana dengan ucapan “Be My Valentine?” Ken Sweiger dalam artikel Should Biblical Christians Observe It?” mengatakan kata “Valentine” berasal dari Latin yang bererti : “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Yang Maha Kuasa”. Kata ini ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Maka, dalam sedar atau tidak,jika kita meminta orang menjadi “to be my Valentine”, dalam Islam hal ini tentu termasuk Syirik, ertinya menyekutukan Allah. Adapun Cupid (berarti: the desire), si bayi bersayap dengan panah, adalah putra Nimrod, the hunter (dewa Matahari). Disebut tuhan Cinta, karena ia rupawan sehingga diburu wanita bahkan ia pun berzina dengan ibunya sendiri!

Jika anda turut merayakan  Valentine’s Day bererti anda juga menghancurkan keperibadian dan karakter kita sendiri,iaitu keperibadian muslim. Maka dari itu jauhilah amalan jahiliyah, yang dapat merosak keperibadian kita, serta merosak keislaman kita. Jika generasi muda muslim telah rosak, maka Islam hari ini akan mudah dihancurkan. Kita sebagai muslim memiliki karakter dan keperibadian yang khas dan istimewa berdasarkan teladan Rasulullah SAW. Tanggungjawab kita adalah menyerap, mengamalkan dan memeliharanya. Jadi, mengapa harus mengambil keperibadian orang lain yang belum tentu baik, atau bahkan lebih nyata keburukannya? Wallahu A`lam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GURU-GURU BADAR

GURU-GURU BADAR

LUJNAH BADAR PUTERA

LUJNAH BADAR PUTERA

Jom sertai Badan Dakwah & Rohani SMKAY