LIKE Kami di Facebook

Tuesday, February 15, 2011

Konflik Kebaikan


Inilah konflik tentng kebaikan. Ia sering dibuat tetapi tidak betul, seringkali manusia gagal melonjak untuk buat yang terbaik semata-mata kerana merasakan telah berbuat baik. Ciri2nya ialah:

1.     Ia dibuat tidak berasaskan panduan dan ilmu yang tepat
2.     Buat sebahagian dan mengabaikan kesepaduan.
3.     Melaksanakan hukum dan peraturan , sebaliknya buta hikmah
4.     Buat hanya sekadr disebut bahawa amal itu telah dilakukan
5.     Lahiriah dibangunkan tetapi tiada roh dan penghayatan
6.     Meletakkan penanda aras yang rendah apabila membandingkan amalannya dengan orang fasik
Amat malang bg manusia ini kerana tidak meraskan bhawa apabila tlh berbuat baik maka tidak ada apa lagi yang blh dibuat. Diri rasa sempurna dalam pandangan sendri sedangkan hakikatnya kurang. Sebaliknya apa yang dituntut ialah berbuat baik dengan cara yang terbaik. Untuk mendapat yang terbaik:-

·        Ia bermula dengan ilmu yang tepat
·        Sebelumnya tersemat dengan niat yang tulus
·        Sentiasa ingin belajar dan minta diajar
·        Buat dengan penuh penghayatan
·        Mendasari hikmah tersirat di samping hukum yang tepat
·        Komited serta istiqamah dlam amalan
·        Sentiasa meletakkan penanda aras yang tinggi dengan menjadikan golongan solehin sebagai pedoman.

Apabila kita melakukan sesuatu kebaikan, ingatlah masih yang banyak lagi yang patut diusahakan untuk mendapat yang terbaik disisi Allah. Sentiasa ada ruang untuk diperbaiki. Sentiasa buat benda betul,betul-betul dan ingatlah bahawa musuh ketat bagi yang terbaik adalah baik…sekian




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GURU-GURU BADAR

GURU-GURU BADAR

LUJNAH BADAR PUTERA

LUJNAH BADAR PUTERA

Jom sertai Badan Dakwah & Rohani SMKAY