LIKE Kami di Facebook

Friday, February 4, 2011

Merokok ….tapi,..

Rasulullah melarang manusia atas setiap perbuatan keji dan buruk yang dapat merosak hati seorang hamba dan mematikan cahayanya serta  agar manusia  menghiasinya dengan akhlak mulia dan budi perkerti luhur serta pergaulan yang baik untuk membentuk peribadi muslim yang sempurna. Maka dari itu dia menghalalkan setiap sesuatu yang baik dan mengharamkan setiap yang keji, baik makanan, minuman, pakaian, pernikahan dan lainnya.

Termasuk yang diharamkan karena dapat menghilangkan kesucian adalah merokok, kerana  berbahaya bagi tubuh badan dan mendatangkan bau yang tidak sedap, sedangkan Islam adalah (agama) yang baik, tidak memerintahkan kecuali yang baik. Hal ini kerana. Allah ta’ala adalah Maha Baik tidak menerima kecuali yang baik.


لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ أخرجه الإمام أحمد في المسند ومالك في الموطأ وابن ماجة
“ Tidak (boleh melakukan/menggunakan sesuatu yang) berbahaya atau membahayakan” (Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, Malik dan Atturmuzi)

Demikian juga (rokok diharamkan) karena termasuk sesuatu yang buruk (khabaits), sedangkan Allah ta’ala (ketika menerangkan sifat nabi-Nya Solallahu 'alaihi wassalam) berfirman: “...dia menghalalkan bagi mereka yang baik dan mengharamkan yang buruk“ (Al A’raf : 157)



يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا أَنْفِقُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمِ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُمْ مِنَ اْلأَرْضِ وَلاَ تَيَمَّمُوا الْخَبِيْثَ مِنْهُ تُنْفِقُوْنَ وَلَسْتُمْ بِآخِذِيْهِ إِلاَّ أَنْ تُغْمِضُوا فِيْهِ (ألبقرة:267
“ Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (dijalan Allah) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memalingkan mata darinya “ (Al Baqarah: 267)

 

TAPI !!!


Para perokok tegar  cenderung membantah pengharaman rokok. Alasannya, tak ada dalil khusus tentang merokok dalam Al Quransebagaimana dalil tentang minuman keras dan babi yang jelas-jelas terlarang.
Lagipun,bagi mereka….biarlah mereka menhabiskan duit untuk kepuasan diri sendiri dan menghilangkan tension….betul ke??? Bukankah………


1. Merokok Itu Buruk
2. Merokok Itu Membinasakan
3. Lebih Banyak Mudarat daripada Manfaat Rokok
4. Merokok Dapat Membahayakan Diri Sendiri Pembaziran
5. Merokok Adalah Pemborosan & Pembaziran !!!

Hukum menghisap rokok adalah MAKRUH mengikut Mazhab kita Syafie.

Tersebut dalam kitab "Yasalunaka Fiddin Wal Hayah"
Maksudnya :
Apabila adalah ulama' fikah bersalah-salahan pendapat mengenai hukum menghisap rokok, maka kata sesetengah ulama' hukumnya harus, kerana mengikut kaedah: asal pada segala perkara hukumnya harus, kata setengah ulama' hukumnya makruh kerana cemarnya dan kata setengah ulama' pula hukumnya haram kerana bahayanya, maka sekurang-kurang alasan mereka iaitu menghisap rokok adalah merupakan pembaziran harta pada perkara yang tidak ada faedah.
Dan bahawasanya menghisap rokok, selain daripada alasan alasan yang tersebut tadi, menyebabkan busuk bau mulut dan dari kerana itulah datang dalam mazhab Syafie bahawa menghisap rokok hukumnya Makruh, kerana pada rokok terbit bau busuk yang boleh dibenci oleh orang lain, sedangkan di masjid orang ramai bercampur gaul dan duduk berhimpit-himpit lazimnya.
Setiap orang yang ditanya dan diminta menjawab dengan jujur tentang baik buruknya merokok, nescaya dia akan menjawab bahawa merokok itu buruk. Banyak fenomena dalam  masyarakat yang menandakan bahwa merokok itu buruk. Di sana-sini, kita dapati larangan merokok. Di hospital, sekolah, masjid, dan sebagainya.


Para perokok juga umumnya tak ingin anaknya mengikuti jejaknya menjadi perokok. Pengilang dan pengeluar rokok pun mengakui keburukan produk mereka dengan meletakkan gambar bahaya rokok pada kemasan kotak rokok.


Semua orang, baik pembenci rokok, perokok tegar, mahupun pengusaha rokok telah sepakat mengenai keburukan rokok. Segala hal yang buruk itu diharamkan oleh Allah swt. Hal ini disebutkan dalam Al Quran Surat Al A’raf: 157. Semua yang baik itu halal. Dan semua yang buruk adalah haram.    

Wallahualam……..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GURU-GURU BADAR

GURU-GURU BADAR

LUJNAH BADAR PUTERA

LUJNAH BADAR PUTERA

Jom sertai Badan Dakwah & Rohani SMKAY