LIKE Kami di Facebook

Thursday, January 27, 2011

SELOKA BADAR SMKAY 2010/2011

Hadirnya dia Si Pemimpin kami,
Sentiasa tegas memimpin di sini,
Menjadi tunggak SMKAY kini,
Mohamad Syazwan dalam memori.

Sayap kiri teguh berwawasan,
Menjadi tunggak dalam pergerakan,
Arifah Mursyidah dalam ingatan,
Dari jauh tegas kelihatan.

Menulis, merekod menjadi tugasan,
S/U Badar tugas diamanahkan,
Tampak berkaliber serta berwawasan,
Mohamad Syakir diberi panggilan.

Nur Amalina nama diberi,
Perwatakan lembut jadi penyeri,
Hadirnya ketegasan di dalam diri,
S/U Badar jawatan diberi.

Mengira duit hebat sekali,
Menjulang jawatan sebagai bendahari,
Menguruskan wang badar kali ini,
Itulah dia Mohamad Hazmi.

Tegas berdiri menjulang jawatan,
Berkepuk duit dalam pegangan,
Bendahari Badar amanah ditangan,
Nurul Tharwati itulah gerangan.

Asyraf Fadhil memegang jawatan,
Ihya’ Surau menjadi tugasan,
Dalam surau selalu dihadapan,
Baik katanya menjadi ikutan.

Hafiza Razali itulah namanya,
Orangnya ceria mudah gembira,
Sentiasa tegas berkata-kata,
Ihya’ Surau menjadi tugasnya.


Penerbitan dan Pulisiti tugas diberi,
Menerbitkan majalah pada tahun ini,
Namanya Hafiz baik sekali,
Menyandang jawatan gaya tersendiri.

Susunan kata penuh teliti,
Aishah Rodzi gelaran diberi,
Menjawat tugas Penerbitan dan Publisiti,
Menerbitkan majalah pada tahun ini.

Berkaca mata berwajah ceria,
Sangat yakin memberi idea,
Info Badar tak pernah dilupa,
Amirul Asyraf itulah namanya.

Perwatakan lembut menjadi penyeri,
Bila senyum manis sekali,
Merangka Info Badar tugas Rohani,
Mesej tersampai dengan bermisi.

Orangnya kacak berwajah ceria,
Mohamad Kushairi segak orangnya,
Fizikal Surau menjadi tugasnya,
Memastikan surau sentiasa ceria.

Dari jauh merantau ke sini,
Telah mengubah segala persepsi,
Surau diurus dengan bermisi,
Zakira Adnan nama diberi.

Orangnya tinggi berkaca mata,
Saudara Muqri itulah namanya,
Menjalankan tugas tak pernah dilupa,
Tahfizul Quran perlu diselenggara.

Tahfizul Quran dalam jagaan,
Sentiasa cekal jalankan tugas,
Nabilah Zukeri jadi pilihan,
Penghubung puteri jadi perantaraan.

Merancang aktiviti Hari Kebesaran,
Program disusun penuh kesabaran,
Abdul Ibad nama panggilan,
Sangat cekal dalam tugasan.

Program Badar tersusun rapi,
Syazwani Azmi punya resepi,
Hari Kebesaran amanah diberi,
Program disusun lancar dijalani

Sentiasa ceria identiti diri,
Raut wajahnya berseri-seri,
Pengurusan Usrah jawatan diberi,
Mohamad Zakir empunya diri.

Pengurusan Usrah telah terlaksana,
Digerakkan oleh tuan empunya,
Anis Aniza ayu orangnya,
Kata disuaikan nasihat diterima.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GURU-GURU BADAR

GURU-GURU BADAR

LUJNAH BADAR PUTERA

LUJNAH BADAR PUTERA

Jom sertai Badan Dakwah & Rohani SMKAY