- Sentiasa patuh dan taat kepada ajaran islam yakni patuh kepada Allah dan Rasulullah.
- Sentiasa muhasabah diri dan melihat kesilapan yg dilakukan dan cuba berhijrah ke arah lebih baik.
- Sentiasa merendah diri dan melihat orang yg nasibnya lebih teruk dari kita agar timbul rasa bersyukur.
- Sentiasa cuba untuk menegur bila ternampak orang lain berbuat maksiat dan kesalahan dan elakkan sengaja mencari salah orang.
- Sentiasa cuba menasihati dan mengajak saudara sesama islam untuk berbuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan.
- Sentiasa berusaha mempelajari ilmu agama dan mengamalkan apa yg dipelajari agar dapat ia memperbaiki diri.
- Sentiasa cuba membantu orang yg susah sekadar kemampuan diri dan sentiasa berbuat baik pada semua orang.
- Sentiasa cuba berusaha menjadi lebih baik daripada semalam dan berusaha membersihkan hati dari segala prasangka.
- Sentiasa belajar memaafkan kesalahan orang lain kepada kita dan jadikan diri seorang yg lambat marah dan cepat redanya.
- Sentiasa ada rasa syukur dan mengharap kepada Allah sahaja di waktu senang dan susah dengan keyakinan tinggi iaitu Allah pasti bersama kita.
No comments:
Post a Comment